Berita

Negeri Sembilan serius tangani ajaran sesat

SEREMBAN: Negeri Sembilan serius dalam menangani isu ajaran sesat yang berlaku dalam negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah merancang dan melaksanakan beberapa tindakan yang boleh diambil bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya ajaran sesat.

“Antara usaha yang dilakukan adalah Program Irsyad Fatwa, Bicara Sufi dan Muhadarah Tasawuf supaya mereka dapat mengetahui dan membezakan ajaran Tasawuf yang sebenar serta sesat.

“Selain itu, Program Multaqa Pemegang Tauliah Mengajar Agama di Negeri Sembilan khusus kepada Pemegang Tauliah Mengajar bagi menambah lagi pengetahuan agama kepada masyarakat.

“Seterusnya mencetak poster berkenaan ajaran sesat, mengadakan ‘Podcast al-Bayan Ahli Sunnah Waljamaah’ dan program penyelidikan dan penerangan ajaran sesar dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Universiti dan Kolej serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Kerajaan Negeri melalui PDRM juga sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan yang berterusan terhadap kumpulan atau ajaran meragukan atau sesat.

“Program-program pemantapan aqidah akan dibuat melalui kelas-kelas takmir, khutbah jumaat dan pelbagai platform di bawah bidangkuasa JHEAINS.

“Dalam masa sama, program bersama masyarakat akan dipertingkatkan dengan memberi penjelasan kepada masyarakat Islam yang berani tampil membuat aduan terhadap sebarang kesalahan atau penyelewengan aqidah di komuniti mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.

Show More

Related Articles

Back to top button