Berita

Pemuda UMNO Rembau agih bubur lambuk kepada 500 orang

REMBAU: Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau bersama Pergerakan Pemuda UMNO DUN Kota telah melaksanakan program memasak dan agihan bubur lambuk di DUN KOTA.

Bubur lambuk yang dimasak secara bergotong royong ini telah menghasilkan tiga periuk bubur lambuk yang diagihkan kepada 500 penduduk setempat di Pekan Chengkau dan Pekan Kota.

Bubur lambuk ini diagihkan kepada orang ramai bermula jam 4.30 petang dan habis diagih dalam tempoh sejam.

Program memasak dan mengagihkan bubur lambuk ini merupakan aktiviti tahunan Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat bekerjasama di kalangan Pemuda UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Cawangan dalam Bahagian Rembau.

Terima Kasih dan syabas kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program kali ini.

Facebook Pemuda UMNO Rembau

Show More

Related Articles

Back to top button