Berita

Program TOT Persediaan Banjir Perkasa Komuniti Pilah

PILAH: Program ‘Training of Trainers’ (TOT) Persediaan Menghadapi Banjir adalah langkah persediaan menghadapi banjir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, ia juga adalah langkah untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat supaya impak banjir dapat dikurangkan.

“Selain itu, mereka juga dapat bertindak dengan lebih pantas.

“Program yang dianjurkan oleh Global Environment Centre dengan kerjasama Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) adalah bagus.

“Hal ini kerana bencana banjir bukanlah suatu yang asing bagi kita khususnya di Negeri Sembilan.

“Kita juga telah saksikan bagaimana banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini dan kesan yang dirasakan amatlah besar.

“Ia mampu mengancam keselamatan dan menyebabkan kerosakan harta benda serta menyebabkan gangguan terhadap ekonomi,” kata Noorzunita.

Show More

Related Articles

Back to top button