BeritaMenarik

RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, kompleks sukan Tampin dan Kuala Pilah

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM17 juta bagi menaik taraf Stadium Hoki Seremban 2 serta Kompleks Belia dan Sukan Tampin dan Kuala Pilah pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, kerja-kerja baik pulih Stadium Hoki Seremban 2 membabitkan kos RM5 juta, manakala RM6 juta akan dibelanjakan bagi setiap kompleks sukan di dua daerah tersebut.

“Baik pulih stadium hoki melibatkan pemasangan padang sintetik yang baharu, kerja pembaikan perparitan dan penggantian lampu limpah (floodlight).

“Manakala Kompleks Belia dan Sukan Tamin dan Kuala Pilah perlu dinaik taraf kerana sudah lama tidak dibaik pulih,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button