Berita
Seremban juara Piala Tuanku Muhriz 2025
SEREMBAN: Perlawan Akhir Piala Tuanku Muhriz 2025 menyaksikan Seremban menjadi juara pada edisi kali ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Seremban Berjaya menewaskan Kuala Pilah dengan jaringan 1-0.
“Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan kerana menunjukkan perlawanan yang sengit.
“Semoga kejohanan ini dapat menampilkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan bola sepak di negeri ini,” kata Aminuddin.
Turut mencemar duli, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.