SMK Seremban Jaya 2 terima RM21,160 daripada Cha

RASAH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah menerima sumbangan berjumlah RM21,160 daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.
Cha berkata, sumbangan ini bertujuan membantu memperkukuhkan kemudahan sekolah serta menyokong pelbagai program pendidikan demi manfaat para pelajar dan warga sekolah.
“Pendidikan merupakan pelaburan terbaik untuk masa depan negara.
“Justeru, sokongan berterusan kepada institusi pendidikan amat penting bagi memastikan pelajar mendapat persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, kondusif dan berkualiti.
“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik serta pembangunan sahsiah pelajar SMK Seremban Jaya 2.
“Bersama memperkasakan pendidikan demi masa depan generasi muda,” kata Gunasekaren.
Turut hadir, Setiausaha Wanita DAP Negeri Sembilan, Nancy Gunasekaren yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ P.Gunasekaren.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengetua SMK Seremban Jaya 2, Muhammad Mohd Nor, serta Yang Dipertua PIBG, Shaari Ithnain.




