YB Kita

Sukan Tahunan platform cungkil bakat pelajar

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F) Kali Ke-28 Tahun 2026 yang berlangsung meriah dengan kehadiran warga sekolah dan ibu bapa.

Menurut beliau, kejohanan tersebut bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan, malah mampu mengeratkan hubungan antara sekolah dan komuniti setempat.

“Tahniah kepada seluruh warga sekolah atas penganjuran yang begitu meriah,”

“Lebih menarik, kejohanan kali ini turut diserikan dengan persembahan pancaragam daripada Pasukan 14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize yang cukup membanggakan dan mendapat sambutan hangat daripada para hadirin,” ujar Mohd Isam.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira melihat penglibatan ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak masing-masing.

“Komitmen ibu bapa amat penting dalam memastikan pelajar terus cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang sukan dan kokurikulum.

“Komitmen sebegini amat penting dalam memastikan anak-anak terus berjaya bukan sahaja dalam akademik, malah dalam bidang sukan dan kokurikulum,” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Guru Besar sekolah, Cikgu Madzin yang tetap hadir ke sekolah walaupun masih menjalani rawatan.

“Semangat dan pengorbanan beliau wajar diberikan tepukan dan menjadi contoh kepada semua warga pendidik.

“Dalam masa sama, saya berharap semua guru terus memainkan peranan dalam mengekalkan kecemerlangan sekolah demi melahirkan generasi yang cemerlang, berdisiplin dan berdaya saing,” kata Mohd Isam.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button