Berita

Tanda-tanda awal Kerajaan MADANI berupaya mempercepat kenaikan gaji rakyat

Rafizi Ramli - Menteri Ekonomi

Tumpuan utama kerajaan adalah memastikan reformasi pasaran kerja kerana kita tidak mahu rakyat terperangkap dalam kitaran gaji rendah selama-lamanya.

Usaha ini ditunjangi oleh tiga pendekatan utama:

1. Kenaikan gaji kakitangan awam
2. Kenaikan gaji minimum RM1,700
3. Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif

Dan kita sudah mula nampak tanda-tanda harapan untuk mempercepat kenaikan gaji rakyat.

Gaji penengah meningkat lebih cepat berbanding sebelum ini,

Jika kita bandingkan gaji penengah antara Jun 2023 dan Jun 2024 – sebelum pelaksanaan gaji minimum RM1,700, kenaikan gaji kakitangan awam, dan gaji progresif—peningkatan tahun ini jauh lebih tinggi.

Gaji penengah meningkat dari RM2,600 (Jun 2023) ke RM2,745 (Jun 2024) iaitu peningkatan 5.6 peratus, lebih tinggi dari kadar tahunan purata 4.3 peratus (2010–2023).

Lebih menarik, melalui Projek Rintis Dasar Gaji Progresif yang berlangsung dari Jun hingga Disember 2024, beberapa dapatan positif diperoleh:

– Gaji pekerja peringkat permulaan meningkat 12.8 peratus.

– Gaji pekerja berpengalaman meningkat 9.1 peratus.

Insya-Allah, apabila pelaksanaan penuh kenaikan gaji kakitangan awam, gaji minimum RM1,700 dan sistem gaji progresif dilaksanakan secara menyeluruh, kadar kenaikan gaji penengah rakyat akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Show More

Related Articles

Back to top button