BeritaMenarik

Tengku Zamrah taja 45 kanak-kanak berkhatan secara percuma

AMPANGAN: Seramai 45 kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan telah ditaja untuk berkhatan secara percuma oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, kanak-kanak ini terdiri dari keluarga asnaf, keluarga B40, anak kepada ibu tunggal dan anak-anak Yatim di DUN Ampangan.

“Program berkhatan beramai-ramai seperti ini dapat menyemai semangat kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan di kalangan masyarakat setempat khususnya di Ampangan.

“Saya doakan semoga semua anak-anak yang berkhatan cepat sembuh dan selamat berpantang,” kata Tengku Zamrah di Majlis Perasmian program ‘Le Sunathon De Ampangan 2024″ di Masjid Dato’ Kelana Petra Sendeng.

Program ini mendapat kerjasama daripada Hospital KPJ Seremban, Ahli Jawatankuasa Masjid Dato’ Kelana Petra Sendeng, Pertubuhan Amal Wanita Darul Khusus (AMAL) dan JPKK DUN Ampangan.

Show More

Related Articles

Back to top button