YNS gerakkan Pusat Pembangunan Bakat dan Kerjaya
SEREMBAN: Yayasan Negeri Sembilan (YNS) telah menggerakkan Pusat Pembangunan Bakat dan Kerjaya atau ringkasnya NEST.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, NEST bertujuan menguruskan bakat-bakat dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan dengan kerjasama pintar beberapa syarikat.
“Antara syarikat tersebut adalah Talent Corporation (TalentCorp), Malaysia Productivity Corporation (MPC) dan Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC).
“Ini kerana saya mahukan lebih ramai anak Negeri Sembilan pulang ke ‘lopak kito’ untuk membina kerjaya, keluarga dan kehidupan yang sejahtera,” kata Aminuddin.
Melalui pusat pembangunan tersebut sudah pasti dapat menarik dan mencungkil bakat yang ada dalam diri anak Negeri Sembilan dan akhirnya memberi faedah kepada negeri ini semula.
Dalam pada itu, YNS juga dikhabarkan akan mewujudkan Pusat dan Data Kecemerlangan Yayasan Negeri Sembilan yang akhirnya akan membuat sesi libat urus dengan anak-anak negeri.