Berita

Gunasekaren tinjau isu keselamatan padang Taman Sri Mawar 1

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah turun padang bagi meninjau aduan berhubung keadaan padang di Taman Sri Mawar 1 selepas menerima maklumat daripada komuniti setempat.

Gunasekaren berkata, hasil pemeriksaan mendapati beberapa kawasan mengalami takungan air serta permukaan tanah yang tidak rata.

“Ini secara tidak langsung yang menimbulkan risiko keselamatan kepada penduduk.

“Aduan berkenaan akan dirujuk kepada MBS untuk tindakan susulan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penduduk sentiasa terjamin,” kata Gunasekaren.

Gunasekaren turt menjelaskan setiap aduan masyarakat akan terus dipantau dan ditangani segera demi kesejahteraan komuniti setempat.

Turut hadir bersama beliau Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga, ENcik Effiza Shezmin Mohd Yazid..

Show More

Related Articles

Back to top button