Berita

Kerajaan Negeri, DPIM bincang kerjasama perkukuh ekonomi ummah

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan komited memperkukuh agenda ekonomi ummah melalui kerjasama strategik bersama Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Negeri Sembilan, hasil perbincangan dalam kunjungan hormat delegasi pertubuhan itu kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun hari ini.

Aminuddin berkata, perbincangan tersebut terhasil apabila beliau menerima kunjungan hormat daripada DPIM pada petang semalam yang diketuai Timbalan Pengerusinya, Ir. Haji Nazaruddin Mohd Sura, bersama Setiausaha, Encik Mansor Yusof serta Ahli Jawatankuasa, Haji Mahmud Abdullah dan Encik Aminuddin Hafizin.

“Pertemuan tersebut menumpukan kepada usaha memperkukuh jaringan perdagangan dan memperluas peluang ekonomi dalam kalangan usahawan Islam di negeri ini.

“Antara yang dibincangkan termasuk cadangan menjalin kerjasama strategik antara DPIM dan Kerajaan Negeri dalam memperkasa keusahawanan berteraskan nilai Islam dan pembangunan mapan.

“Kerajaan Negeri amat komited untuk membuka ruang kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membangunkan ekonomi Negeri Sembilan yang inklusif dan berdaya saing,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button