Fun Walk Jalan-Jalan Jempol

JEMPOL: Program santai Fun Walk Jalan-Jalan Jempol 2025 dijangka menghidupkan suasana ceria di Bukit Laka, Serting apabila ratusan peserta dijangka menyertai acara riadah berkonsep kekeluargaan itu pada 25 November ini.
Exco Belia dan Sukan, Dato’ Mustapha Nagoor berkata, acara yang bermula dengan flag off pada jam 8.00 pagi itu bukan sekadar aktiviti kesihatan, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Jempol.
“Menariknya, penyertaan bagi program ini adalah percuma, namun peserta turut berpeluang mendapatkan pakej lengkap dengan baju dan medal dengan harga bermula RM15 hingga RM45.
“Cabutan bertuah juga turut diadakan bagi peserta yang menyertai program ini.
“Program ini diharap dapat memupuk semangat perpaduan serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat,” kata Mustapha.
Permohonan boleh dilakukan dengan mengimbas kod QR di bawah:




