BeritaKolumnis

Masa depan Negeri Sembilan bermula sekarang!

Ahmad Shahir Mohd Shah

Hard times create strong men, strong men create good times, good times create weak men, and weak men create hard times – G.Michael Hopf.

Kitaran ini sedang berlaku di Negeri Sembilan.

Sedikit masa lagi kita akan sampai ke fasa “Good Times” yang akan menyebabkan lapis kepimpinan akan berasa selesa dan hanyut dalam kemewahan.

Zaman berjimat cermat, berbelanja ikut tatakelola, berkerja lebih masa, mencari pendapatan baharu dan membasmi rasuah mungkin akan menjadi cerita khayalan jika “Good Times” belaku dan diwariskan kepimpinan ini kepada orang yang salah.

Usaha membina semula negeri ini sejak 2004 dan disambung dengan lebih agresif pada 2018 sehingga hari ini tidak boleh diserahkan secara membuta tuli.

Mengambil alih tampuk kepimpinan Negeri Sembilan bukan hanya kerana sesorang itu mempunyai jawatan tertinggi parti. Kita sudah punya sejarah yang lalu.

Tidak boleh kita membiarkan ia berlaku untuk kali kedua.

Kita semestinya memerlukan seseorang yang mempunyai kredibiliti yang baik dan mempunyai wawasan yang sangat jauh dalam meneruskan legasi Tok Mat dan Tok Min yang memandu bahtera Negeri Sembilan ke landasan yang lebih baik.

Perubahan politik hari ini amat memberi manfaat besar kepada Negeri Sembilan.

Semua parti komponen bekerjasama membangun negeri.

Semua memainkan peranan yang sangat baik sehingga semua barisan kepimpinan negeri dari Exco sehingga Adun dilihat bersama-sama dalam membantu rakyat.

Semua inisiatif yang diumumkan dalam belanjawan disampaikan terus kepada rakyat.

Ini adalah signal yang baik hasil dari kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Maka, jangan ada yang cuba mengocak air yang jernih menjadi keruh.

Jangan ada yang menjadi batu api atau pengadu domba yang cuba memecahkan perpaduan di Negeri Sembilan.

Generasi kepimpinan pelapis negeri ini perlu bersiap sedia.

Jangan hanya menunggu masa tanpa ada persiapan diri.

Tanpa persiapan dan latihan di lapangan, tidak lahir pemimpin yang berjiwa rakyat.

Anwar Ibrahim hari ini bukan tercipta kerana Namanya.

Tetapi Namanya tercipta kerana jasa dan perjuangnya.

Begitu juga Tok Min dan Tok Mat.

Mereka bukan dilahirkan untuk berada di takhta.

Tetapi menjalani fasa latihan dan pengalaman sebelum diangkat memegang kuasa.

Negeri ini perlu bersedia. Bila? Sekarang!

Ahmad Shahir Mohd Shah
Ketua Editor
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button