Negeri Sembilan tingkatkan kesihatan wanita
SEREMBAN: Negeri Sembilan amat komited dalam usaha meningkatkan kesihatan dan aktiviti sukan wanita di negeri ini.
Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, usaha ini dizahirkan melalui pelancaran program WCare dan Warrix-USS Women’s Cup NS.
“Program ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dan Warrix.
“Program WCare ini akan menyediakan platform pendidikan, pemeriksaan kesihatan dan kaunseling yang diperlukan untuk memastikan wanita di negeri ini dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi mengenai konser reproduktif.
“Selain itu, kejohanan Warrix-USS Women’s Cup NS ini akan bermula pada 5 November dan akan melibatkan lima buah pasukan bola sepak wanita Negeri Sembilan,” kata Noorzunita.
Turut hadir, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al Qadri.