BeritaMenarik

Pelajar IPT Negeri Sembilan diberi latihan kepimpinan

REMBAU: Seramai 106 peserta dari enam institut pendidikan tinggi awam Negeri Sembilan telah mengambil bahagian dalam Program Kepimpinan Altruistik Madani Anak-Anak Negeri Sembilan di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Mustapha Nagoor berkata, program yang diadakan ini bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berwawasan dan bertanggungjawab dalam membangun masyarakat.

“Mereka telah melalui pelbagai aktiviti pembangunan diri dan kepimpinan selama tiga hari untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam memimpin dengan bijaksana dan beretika.

“Program ini untuk menggalakkan peserta agar terus mengaplikasikan nilai-nilai kepimpinan yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.

“Semoga peserta-peserta terus mengukir kejayaan dalam kehidupan dan menjadi pemimpin yang berdaya maju dalam memperjuangkan kebaikan untuk Negeri Sembilan,” kata Mustapha.

Program ini anjuran Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri.

 

Show More

Related Articles

Back to top button