YB Kita

SMK Puteri terima sumbangan RM20,000 daripada Cha

RASAH: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri telah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM20,094 daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

Cha menyerahkan cek peruntukan Ahli Parlimen Rasah tersebut kepada Pengetua SMK Puteri, Siti Norezan.

“Peruntukan ini untuk membiayai pembekalan enam unit smart TV 65 inci berjenama Samsung untuk kelas-kelas pembelajaran.

“Ia selaras dengan proses pendigitalan dalam pendidikan.

“Sebenarnya, pada tahun 2024 dan tahun 2025, saya telah menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Rasah untuk membekalkan sejumlah 20 unit smart TV yang sama kepada SMK Puteri,” kata Cha.

Cha berkata demikian semasa ucapan Perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri.

Show More

Related Articles

Back to top button