Ahmad Faez santuni penduduk Taman Cempaka

LABU: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu, Dato’ Ahmad Faez Abdul Razak meneruskan usaha mendekati masyarakat menerusi Program Ziarah Kasih dengan mengunjungi beberapa keluarga di Taman Cempaka.
Program berkenaan memberi peluang kepada beliau untuk bertanya khabar, memahami keadaan serta keperluan penduduk dengan lebih dekat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat setempat.
Dalam kunjungan itu, sumbangan kewangan turut disampaikan kepada beberapa penerima sebagai tanda keprihatinan dan usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
“Kunjungan ini memberi peluang untuk bertanya khabar serta memahami keadaan dan keperluan penduduk secara lebih dekat, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat setempat.”
Ahmad Faez berkata, pendekatan turun padang dan menyantuni rakyat akan terus diperkasakan bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian.
“Semoga segala bantuan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada penerima serta memperkukuhkan semangat kebersamaan dan saling mengambil berat dalam komuniti.”
“Program seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai medium memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, selain menyemai budaya prihatin dalam komuniti,” jelas beliau.




