Berita

Gunasekaren santuni peniaga Pasar Seremban Jaya, dinasihat jaga kebersihan

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah melawat peniaga-peniaga yang berniaga di Pasar Awam Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri kegiatan ekonomi peniaga-peniaga dan juga untuk mendapatkan maklum balas daripada peniaga sekiranya ada isu-isu berbangkit di Pasar Awam Seremban Jaya.

“Saya menasihatkan semua peniaga untuk menjaga kebersihan makanan yang dijual serta menjaga kebersihan pasar bagi tujuan menarik minat penduduk untuk membeli makanan mereka.

“Penjual juga harus menggunakan alat penyediaan makanan yang bersih, makanan yang elah siap dimasak harus dalam keadaan tertutup agar terhindar dari debu dan lalat,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button