Berita

Karnival Komuniti Sri Tanjung ruang eratkan perpaduan antara penduduk

SRI TANJUNG: Karnival Komuniti DUN Sri Tanjung adalah ruang untuk merapatkan perpaduan antara penduduk sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren berkata, ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman komuniti tempatan untuk membangunkan sebuah komuniti yang berkasih sayang, saling menghormati, saling bekerjasama, ambil peduli dan ihsan antara satu sama lain.

“Selain itu, ia juga peluang untuk menyemarakkan semangat sukarelawan yang menjadi tonggak penting kepada kejayaan dan keberkesanan program dan aktiviti di peringkat komuniti.

“Dalam program ini juga diadakan pameran daripada agensi kerajaan sekaligus ia mampu memperkukuhkan kerjasama antara komuniti dan agensi ini,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button