Berita

Kehadiran Tunku Zain memeriahkan sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di perkarangan bangunan pejabatnya.

Majlis diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun; Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz dan Exco Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ Ismail Lasim.

Pelbagai juadah dan menu disediakan seperti rendang ayam, rendang daging, ketupat, lemang, nasi minyak dan banyak lagi.

Juadah ini disediakan oleh setiap unit dan sektor yang berada di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional oleh pelajar dari Sekolah Seni Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah atau lebih dikenali sebagai Negeri Arts School (NAS).

Dianggarkan seramai 250 tetamu mengunjungi majlis sambutan hari raya tersebut.

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz juga turut berkenan untuk bermain keyboard bagi mengiringi persembahan tarian dan nyanyian yang dipersembahkan buat para tetamu jemputan.

YAB Aminuddin juga mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan berswafoto dengan para pengunjung.

Malah beliau juga bermurah hati menyampaikan ‘duit raya’ untuk kanak-kanak dan para pelajar sekolah yang membuat persembahan.

Show More

Related Articles

Back to top button