BeritaMenarikProgram

Le Tour de Langkawi: Rancang perjalanan anda pada 3 Oktober

SEREMBAN: Kejohanan pelumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 akan melalui Negeri Sembilan pada 3 Oktober ini.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, LTdL mempunyai lapan peringkat pelumbaan yang akan bermula 29 September hingga 6 Oktober 2024.

“Laluan yang melibatkan daerah di Negeri Sembilan adalah pada peringkat kelima pelumbaan iaitu pada 3 Oktober.

“Pelumbaan peringkat kelima bermula di KLCC dan berakhir di MITC Melaka.

“Laluan pelumbaan ini sejauh 167 kilometer yang akan melalui KLCC ke Ampang, Ulu Langat, Semenyih, Beranang, Mantin, Seremban, Senawang, Pedas, Rembau, Kota, Simpang Ampat Alor Gajah, Rumbia, Cheng dan MITC Melaka.

“Jangkaan masa pelumbaan melibatkan jalan raya di Negeri Sembilan ialah dari 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

“Justeru itu, saya memohon kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan ke destinasi yang dituju bagi mengelakkan kesesakan jalan raya,” kata Mustapha yang juga ADUN Palong.

Show More

Related Articles

Back to top button