NADI jadi pusat transformasi digital masyarakat
SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menyatakan bahawa NADI boleh menjadi pusat transformasi digital untuk masyarakat setempat.
“Ia juga perlu menjadi pusat komuniti setempat yang harus dimanfaatkan sepenuhnya.
“Hal ini kerana NADI boleh membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan talian internet.
“Selain daripada itu, pelajar yang perlu menggunakan kemudahan komputer juga disediakan di sini sekaligus membantu pelajar daripada golongan kurang berkemampuan juga tidak ketinggalan dalam pelajaran,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian NADI Taman Jujur Sikamat.
“Kenapa saya pilih NADI ini berada di Taman Jujur, ia adalah kerana di sini mempunyai bilangan golongan B40 yang ramai.
“Oleh itu, mereka amat memerlukan bantuan daripada segi teknologi ini.
“Selain itu, saya juga berharap supaya NADI dapat dijadikan tempat untuk masyarakat datang menyemak sebarang permohonan yang mereka layak terima dan cara memohon.
“Ini supaya mereka boleh membuat pilihan selain ke Pusat Khidmat DUN atau pun Parlimen,” kata Aminuddin.