Sumbangan ‘smart board’ bantu sekolah kearah pendidikan digital
PORT DICKSON: Sumbangan ‘smart board’ yang diberikan oleh Ahli parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun dapat membantu sekolah untuk bergerak ke arah pendidikan digital.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jimah, Puan Zuraidah Ahmad berkata, sudah lama pihak sekolah berhasrat ingin memiliki ‘smart board’ ini.
“Ini supaya sekolah dapat mencapai hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pendidikan negara kita bergerak ke hadapan dalam bentuk digital.
“Saya juga berterima kasih kepada Tok Min kerana cakna akan keperluan pihak sekolah terutama sekali sekolah yang berada di luar bandar ini.
“Oleh itu, saya berharap agar ramai para pelajar yang menerima manfaat daripada pemberian ‘smart board’ ini,” kata Zuraidah.
Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Jimah Baru, Puan Sarimah Marib menyatakan ucapan terima kasih kepada Aminuddin atas pemberian ‘smart board’ tersebut.
“Sumbangan yang diberikan ini sudah tentu akan digunakan dalam sesi pembelajaran untuk para pelajar.
“Terima kasih saya kepada Tok Min kerana memberikan sumbangan ‘smart board’ ini,” kata Sarimah.