Berita

Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura tarik perhatian pelabur asing

JOHOR BAHRU: Zon Ekonomi Khas Johor – Singapura (JS-SEZ) yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI hari ini telah berjaya menarik perhatian pelabura antarabangsa, memandangkan potensi dan peluang besar yang bakal dicipta.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, hal ini demikian kerana kedudukan Johor dan Singapura yang berhampiran mampu menawarkan potensi ekonomi yang besar untuk diteroka.

“Kelebihan yang dimiliki Singapura dalam akses teknologi dan modal di samping Malaysia mampu menyediakan ruang dan tenaga kerja.

“Sinergi antara kedua-dua negara ini mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

“Selain itu, Malaysia juga perlu meneroka dimensi baharu dalam perdagangan dan kerjasama antarabangsa untuk membantu syarikat tempatan meluaskan pasaran serta membina modal insan berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan global semasa.

“Malaysia dan Singapura sudah pun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada Januari 2024 dengan butiran lanjut perjanjian antara dua buah negara dijangka akan dimuktamadkan pada September 2024.

“Nilai tambah JS-SEZ perlu dipacu oleh sektor swasta, memandangkan keputusan pelaburan utama akan ditentukan oleh pemodal teroka dan ekuiti swasta yang akan membuka operasi di zon ini,” kata Rafizi.

Show More

Related Articles

Back to top button