Berita

Kempen penanaman pokok di Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dengan kerjasama Persatuan Rotary Club Seremban telah menganjurkan kempen penanaman pokok.

YB P.Gunasekaren mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Rotary Club Seremban kerana sudi menyumbangkan 63 anak pokok semambu untuk ditanam di DUN Seremban Jaya.

“Program berjalan dengan lancar dan penglibatan kali ini bukan sahaja melibatkan warga lelaki tetapi juga wanita kanak-kanak yang bertujuan memupuk minat dan cintakan persekitaran hijau.

Adun Seremban Jaya YB.P.Gunasekaren yang telah diwakili oleh Ahli Majlis MBS Pn Jamilah telah menganjurkan Program Penanaman Pokok dengan kerjasama Pusat Khidmat Dun Seremban Jaya Dan Rotary Club Seremban.

Gunasekaren diwakili oleh Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali.

Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin pula mengalu-alukan sebarang bentuk program yang memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Rotary Club telah wujud dan telah menyambut ulang tahun ke-117 tahun dan Persatuan Rotary Club Seremban telah ditubuhkan pada 1929.

Banyak program kemasyarakatan yang telah dilaksanakan dibawah Persatuan Rotary Club Seremban dan persatuan ini terus giat dalam membantu masyarakat dengan pelbagai bantuan dan sumbangan.

Turut hadir, President Rotary Club Seremban, Puan Jegatheeswari Govallen dan Bekas Penolong Governor Rotary Club Seremban, T. Xavier Saganathan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button