BeritaMenarikProgram

Kerajaan laksana Banci Pertanian 2024

PUTRAJAYA: Banci Pertanian 2024 akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula 7 Julai, setelah hampir 19 tahun tidak dilaksanakan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof berkata, banci tersebut merangkumi empat subsektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan akuakultur serta perhutanan dan pembalakan.

“Banci kali ini meliputi lebih 20,000 pertubuhan berdaftar, institusi, koperasi dan persatuan.

“Sekurang-kurangnya 1.3 juta tempat kediaman pengusaha dan pemilik pengusaha turut disasarkan.

“Data banci akan menjadi sumber teknikal untuk sektor pertanian, khususnya menjadi input utama kepada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) kelak,” kata Fadillah.

Sistem statistik pertanian negara dikukuh

Fadillah berkata, pelaksanaan Banci Pertanian merupakan agenda bagi pengukuhan sistem statistik pertanian negara.

“Melalui banci ini, kerajaan dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi aspek ekonomi, social dan alam sekitar dalam ekosistem pertanian,” ujar Fadillah.

Menurut Fadillah, sektor pertanian telah menyumbang sebanyak 28.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 1970.

Peratusan ini telah menyusut kepada 6.4 peratus pada tahun 2023 disebabkan oleh kepesatan sektor industri dan perkhidmatan berbanding sektor pertanian.

“Walaupun sumbangan sektor pertanian semakin mengecil, namun nilai ditambah meningkat kepada RM141.9 bilion pada tahun 2023 berbanding hanya RM16.2 bilion pada tahun 1987.

“Ini seiring dengan pertambahan penduduk Malaysia daripada 16.8 juta orang pada tahun 1987 kepada 34 juta pada tahun 2024.

“Bagi memastikan kesejahteraan para petani, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.17 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada belanjawan 2024.

“Peruntukan ini meningkat 14.4 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi menggiatkan lagi program dan bantuan kepada petani supaya lebih berdaya saing,” jelas Fadillah.

Banci Pertanian fokus empat dimensi

Tambah beliau, Banci Pertanian 2024 akan menghasilkan ‘baseline’ baharu, yang akan menyediakan statistik yang bertepatan masa dan ‘reliable’ untuk perancangan sektor pertanian negara.

Pelaksanaan Banci Pertanian pada 2024 adalah sejajar dengan resolusi Food and Agriculture Organisation (FAO), yang mengesyorkan agar semua negara melaksanakannya dengan kekerapan sekali dalam tempoh 10 tahun mulai 2016 hingga 2025 berpandukan manual World Programme for the Census of Agriculture.

Banci Pertanian kali ini akan menfokuskan empat dimensi keterjaminan makanan seperti saranan FAO iaitu ketersediaan, akses, penggunaan dan kestabilan dan kemampanan.

“Ini seiring dengan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (2021-2025) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0 (2021-2030).

“Pelaksanaan Banci Pertanian merupakan agenda bagi pengukuhan sistem statistik pertanian negara.

“Melalui banci ini, kerajaan dapat mewujudkan kerangka data pertanian yang merangkumi aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam ekosistem pertanian.

“Saya selaku Pengerusi Majlis Statistik Data Negara yang bertanggungjawab menentukan halatuju di peringkat negara malah mengekori rapat perkembangan statistik di negeri melalui Majlis Statistik Data Negeri dan Wilayah,” ulas Fadillah lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button