Berita

Masjid Putra Nilai wujudkan Nurseri Ramadan

NILAI: Masjid Putra Nilai telah mengadakan Nurseri Ramadan bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk datang ke masjid.

Terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti permainan Soopa Doopa, tayangan cilik dan permainan ‘e-sport’.

Nurseri tersebut di tempat di dalam salah satu dewan masjid yang tertutup dan diawasi oleh enam orang sukarelawan.

Kanak-kanak pula tidak dibenarkan keluar melainkan diambil oleh penjaga mereka.

Wujudnya inisiatif ini sudah tentu dapat memudahkan ibu bapa yang ingin menunaikan solat terawih di masjid dalam keadaan lebih tenang.

Show More

Related Articles

Back to top button