PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengumumkan mulai 1 Julai 2024 hingga 31 Disember 2024, satu program khas akan diadakan untuk memberi pengecualian kepada pemohon yang tidak memiliki Sijil SPM bagi mengikuti Kursus Sijil Pengajar Institut Memandu (IM).
“Pemohon juga perlu mengikuti semua peringkat kursus dan melepasi ujian-ujian yang ditetapkan sebelum memperoleh sijil pengajar yang sah.
“Seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, industri IM memerlukan lebih ramai tenaga pengajar untuk menampung keperluan kekosongan tenaga pengajar IM di seluruh negara.
“Saya melihat industri IM sebagai rakan kongsi yang strategik dan rapat kepada JPJ serta kerajaan dalam membangunkan inisiatif-inisiatif yang baharu untuk meningkatkan keselamatan jalan raya,” ujar Loke.
Loke berkata, beliau menghargai kerjasama dan penglibatan sepenuhnya para pengusaha institut memandu dalam Program MyLesen B2, MyLesen PSV serta MyLesen GDL anjuran JPJ,” katanya.
Beliau berkata demikian, di Majlis Pelancaran Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 Persatuan Pengusaha Pusat Latihan Memandu Malaysia.