Sudah dua tahun Negeri Madani, ada yang masih mengeluh?

Siapa yang menjadi rakyat Negeri Sembilan, pasti akan tertanya-tanya apa lagi yang mereka tidak dapat.
Negeri ini bukanlah seperti “lulus tak berselam, hilang tak bercari”.
Maksudnya orang-orang yang memerlukan bantuan, tidaklah dibiarkan terus menderita.
Setiap orang ada tahap pendapatan masing- masing.
Dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri sama.
Membantu golongan yang memerlukan dan memberi pelbagai perlepasan cukai kepada pembayar-pembayar cukai.
Dalam erti kata lain, dalam bahagian orang yang kaya, ada hak orang yang miskin.
Tetapi bukan men’cukai’ orang kaya sehingga mereka jatuh miskin.
Sebenarnya cara mengkategorikan rakyat masih tidak tepat jika berdasarkan pendapatan isi rumah seperti B40, M40 dan T20.
Sedangkan yang wajar diukur adalah perbelanjaan mereka yang tinggal di lokasi dan bilangan ahli keluarga yang berbeza-beza.
Mungkin bagi seorang guru dilihat M40.
Tetapi kerana anaknya 5 orang, hakikatnya tidak kurang sama dengan B40.
Sebab itu, baru-baru ini Kementerian Ekonomi telah mengeluarkan tahap-tahap Perbelanjaan Kos Sara Hidup Wajar (PAKW).
Ukuran ini lebih realistik kerana mengambil kira lokasi dan bilangan ahli keluarga ketimbang pendapatan
isi rumah.
Tahniah kepada Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli.
Kita akan masuk tahun kedua Belanjawan Madani di Negeri Sembilan.
Apabila Menteri Besar umumkan ‘bonus’ kakitangan awam sebanyak dua bulan gaji, ramailah yang teruja dan teringin
hendak berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.
Biasalah, “ada semut, adalah gula”.
Tetapi bukan sekadar gaji kakitangan awam, Belanjawan 2025 lebih dari itu.
Rakyat sudah ada pendapatan mereka sendiri.
Kerajaan akan bantu mana-mana rakyat yang memerlukan.
Cuma sifat manusia bukan semua boleh disamakan.
Kadang-kadang ada yang berduit, tapi masih mahu juga sumbangan dari kerajaan.
Ada yang memang susah, tapi sedaya upaya berdikari.
Jika maklumat tentang inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat di bawah, tiada lagi ‘kecoh-kecoh” ada yang dakwa tidak tahu tentang inisiatif kerajaan.
Kadang-kadang yang ribut-ribut ini biasanya yang tidak layak terima sumbangan.
Orang yang terima inisiatif elok sahaja senyap. Betulkan begitu?
Ahmad Shahir Mohd Shah
Ketua Editor
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Negeri Sembilan