Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE)

SEREMBAN: Bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025, program Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) telah diadakan dengan penuh meriah di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, Seremban 2.
Program ini telah dirasmikan oleh Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.
Pelbagai pengisian menarik turut diadakan seperti Taklimat Mamogram dan BuAI LPPKN, Ceramah Kanser Payudara dan Sesi Motivasi “Cool Mind, Calm Life”.
Selain itu, peserta program turut berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan percuma, kuiz berhadiah, photobooth 360 dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta program serta rakan kerjasama Hospital Pakar CMH dan PDRM Negeri Sembilan di atas sokongan dan penyertaan yang menjayakan program ini.
Awal pengesanan, langkah pencegahan!
Mari terus menyemai kesedaran dan menjaga kesihatan bersama LPPKN.

				


